Follow | Dashboard

★be carefull darling. leb leb

Entry | About |★


weird life situation~
Assalamualaikum.
Begining nigga. Get your pop corn now!

Saya mempunyai dua orang ayah, seorang ayah yang miskin dan seorang lagi ayah yang kaya. Ayah saya yang miskin, berpendidikan tinggi & bijak. Beliau mempunyai Ph.D. dan menamatkan program ijazah sarjana muda yang memerlukan masa empat tahun dalam tempoh masa kurang daripada dua tahun. Beliau kemudian ke Stanford University, University Of Chicago, & Northwestern University untuk pengajian pasca-ijazah, semuanya dengan biasiswa penuh. Ayah saya yang kaya adalah ayah angkat saya. Dia belajar setakat tingkatan dua.

Kedua-duanya berjaya dalam karier mereka & bekerja keras sepanjang hidup mereka. Kedua-duanya mempunyai pendapatan yang lumayan. Namun, seorang sentiasa bergelut dengan masalah kewangan sedangkan seorang lagi akhirnya menjadi antara lelaki paling kaya di Hawaii. Seorang meninggalkan berpuluh-puluh juta kepada keluarga,badan kebajikan, & masjid. Seorang lagi meninggalkan hutang yang perlu dibayar.

Kedua-duanya kuat, berkarisma, & berpengaruh. Kedua-duanya memberi nasihat kepada saya, tetapi mereka tidak menasihatkan perkara yang sama. Kedua-duanya percaya kepada kuasa pendidikan, tetapi mengesyorkan pendidikan yang sama. Sekiranya saya ada seorang ayah, saya terpaksa menerima ataupun menolak nasihatnya. Mempunyai dua orang ayah memberikan saya pilihan antara dua sudut pandang yang jauh berbeza, iaitu seorang perempuan yang kaya & seorang lelaki yang miskin.

Namun, saya tidak sekadar menerima ataupun menolak nasihat seorang daripada mereka. Saya dapati diri saya berfikir lebih banyak, membanding, & kemudiannya memilih diri saya sendiri. Masalahnya pada masa itu, ayah yang kaya masih belum kaya & ayah yang miskin masih juga belum begitu miskin. Kedua-duanya baru memulakan karier, dan kedua-duanya masih berjuang dengan kewangan & keluarga. Namun, mereka mempunyai sudut pandangan berbeza berkaitan wang.

Sebagai contoh, seorang ayah berkata, ''Cintakan wang adalah akar bagi kejahatan.'' Seorang lagi berkata, ''Kekurangan wang adalah akar bagi kejahatan.''

Sebagai budak kecil, mempunyai dua orang ayah yang kuat mempengaruhi saya adalah perkara yang sukar. Saya mahu menjadi anak yang baik & taat, tetapi kedua-dua orang ayah tidak memberitahu perkara yang sama. Sudut pandangan mereka terutamanya berkaitan wang jauh berbeza, bagaikan langit & bumi. Disebabkan sifat mahu tahu yang tinggi & teruja, saya mula berfikir panjang berkenaan apa yang diperkatakan oleh mereka. Banyak masa ketika saya bersendirian dihabiskan untuk berfikir, bertanya kepada diri sendiri soalan seperti, ''Kenapa beliau berkata begitu?'' Kemudian saya bertanya soalan yang sama kepada ayah yang seorang lagi. Lebih mudah mengatakan, ''Ya, beliau betul. Saya setuju.'' Ataupun sekadar menolak sudut pandang mereka mengatakan, ''Orang tua itu tidak tahu apa yang beliau katakan.'' Sebaliknya, kedua-dua orang ayah yang sangat saya sayangi itu memaksa saya berfikir & akhirnya saya memilih cara berfikir sendiri. Sebagai satu proses , memilih berfikir sendiri akhirnya membawa manfaat yang lebih besar bagi jangka masa panjang, berbanding sekadar menerima ataupun menolak sudut pandang tertentu.

Antara sebab mengapa yang kaya menjadi semakin kaya, si miskin menjadi semakin miskin, & kelas menengah bergelut dengan hutang adalah subjek wang diajar  di rumah, bukan di sekolah. Kebanyakan daripada kita belajar perihal wang daripada ibubapa kita. Apakah ibubapa yang miskin mengajar anak mereka berkenaan wang? Mereka hanya berkata, ''Pergi sekolah & belajar bersungguh-sungguh.'' Anak itu mungkin tamat pelejaran dengan cemerlang, tetapi masih mempunyai minda kewangan seperti orang miskin tegar. Malangnya, subjek wang tidak diajar di sekolah. Sekolah menumpukan kepada kemahiran pelajaran profesional, bukan kemahiran kewangan. Hal ini menerangkan bagaimana eksekutif bank,doktor, & akauntan yang bijak & mempunyai ijazah kelas pertama dapat berada dalam keadaan kewangan yang tidak stabil sepanjang hidup mereka. Hutang negara kita yang melambung kebanyakannya berpunca daripada ahli politik & pegawai kerajaan yang berpendidikan tinggi membuat keputusan kewangan dengan sedikit ataupun tiada langsung latihan dalam kewangan.

Hari ini saya selalu tertanya-tanya apa akan terjadi nanti apabila kita mempunyai berjuta-jutan orang yang memerlukan bantuan kewngan & perubatan. Mreka akan bergantung pada keluarga mereka ataupun kerajaan untuk sokongan kewangan. Bagaimana sekiranya agensi terlibat kehabisan wang? Bagaimana sebuah negara dapat menghadapi cabaran dunia apabila tugas mengajar anak-anak berkenaan dengan wang dibiarkan kepada ibubapa, yang kebanyakannya akan ataupunsudah miskin? Oleh sebab saya mempunyai dua orang ayah yang berpengaruh, saya belajar daripada mereka berdua. Saya perlu memikirkan nasihat-nasihat mereka berdua, & dengan itu saya mendapat pengajaran berharga berkenaan kuasa & kesan pemikiran seseorang kepada kehidupannya. Sebagai contoh, seorang ayah mempunyai tabiat berkata, ''Saya tidap mampu memilikinya.'' Seorang lagi mengharamkan kata-kata sedemikan disebut. Beliau mendesak saya bertanya, ''Bagaimana saya dapat memilikinya?'' Satu adalah kenyataan, sedangkan satu lagi adalah pertanyaan. Satu lagi membiarkan kita melepaskan diri dengan alasan, sedangkan satu lagi memaksa kita berfikir. Ayah saya yang kaya menerangkan yang dengan mengatakan, ''Saya tidak mampu memilikinya.'' secara automatik membuatkan otak kita berhenti bekerja & berfikir. Bertanya, ''Bagaimana saya dapat memilikinya?'' pula memaksa otak kita bekerja. Beliau tidak bermaksud kita mesti membeli semua benda yang kita mahukan. Beliau selalu berkata, ''Otak saya menjadi lebih kuat setiap hari kerana saya melatihnya. Lebih kuat otak saya, lebih banyak wang yang saya dapat dari.'' Beliau percaya dengan mengatakan, ''saya tidak mampu memilikinya.'', adalah tanda-tanda kemalasan minda.

Walaupun kedua-dua orang ayah bekerja keras, saya menyedari yang salah seorang daripada mereka mempunyai tabiat menidurkan otaknya apabila berhadapan dengan persoalan kewangan, seorang lagi pula akan melatih otaknya. Kesan jangka panjang adalah seorang ayah menjadi lebih kukug kewangan & seorang lagi menjadi semakin lemah. Keadaan ini tidak jauh berbeza dengan seorang yang selalu pergi ke gimnasium untuk bersenam & seorang lagi sentiasa melepak di hadapan televisyen. Senaman fizikal meningkatkan peluang kita menjadi sihat sedangkan senaman minda meningkatkan peluang menjadi kaya. Kedua-dua ayah saya mempunyai sikap yang bertentangan & hal ini mempengaruhi cara mereka berfikir. Seorang ayah merasakan orang kaya perlu membayar lebih banyak cukai bagi membantu mereka yang kurang mampu. Seorang lagi berkata, ''Cukai menghukum mereka yang menghasilkan & memberi ganjaran kepada mereka yang tidak menghasilkan.''

Seorang ayah berkata, ''Belajar bersungguh-sungguh supaya kamu mendapat kerja di syarikat yang hebat.'' Seorang lagi mengatakan, ''Belajar bersungguh-sungguh supaya kamu dapat mencari syarikat yang hebat untuk dibeli.'' Seorang ayah berkata, ''Sebab mengapa saya tidak kaya kerana saya ada ramai anak.'' Seorang lagi berkata, ''Sebab mengapa saya perlu kaya adalah kerana saya ada ramai anak.'' Seorang menggalakkan perbincangan berkaitan wang & bisnes di meja makan, sedangkan seorang lagi mengharamkan wang dibincangkan di meja makan. Seorang berkata, ''Buat pilihan selamat berkaitan dengan wang. Jangan ambil risiko.'' Seorang lagi berkata, ''Belajar mengurus risiko.''

Seorang percaya, ''Rumah kita adalah pelaburan terbesar & aset terbesar kita,'' Seorang lagi percaya, ''Rumah saya adalah liabiliti, & sekiranya rumah kamu adalah pelaburan terbesar, kamu dalam masalah.''

Kedua-dua orang ayah percaya kepada syarikat ataupun kerajaan bagi menjaga kita dan menyediakan keperluan kita. Beliau sentiasa sibuk dengan kenaikan gaji, skim pencen, manfaat perubatan, cuti sakit, cuti tahunan, & manfaat-manfaat lain. Beliau kagum dengan dua pakciknya yang menyertai tentera & mendapat skim pencen selepas bekerja selama 20 tahun. Beliau suka dengan manfaat perubatan & manfaat-manfaat lain yang diterima oleh pesara tentera. Beliau juga suka manfaat manfaat sebagai pekerja universiti. Idea perlindungan kerja sepanjang hidup & manfaat pekerjaan kelihatan lebih penting berbanding tugas itu sendiri. Beliau mengatakan, ''Saya sudah bekerja keras untuk kerajaan,& saya berhak mendapat manfaat manfaat itu.'' Seorang ayah lagi percaya perihal kebebasan kewangan. Beliau lantang bersuara kepada budaya  bergantung kepada orang lain & bagaimana budaya itu mencipta orang yang lemah dan suka meminta minta. Beliau percaya kepada kecekapan kewangan.

bye penat



Older post / Newer post